William Shakespeare

William Shakespeare (4 Mei 1564 – 3 Mei 1616 mengikut takwim Gregory) ialah seorang penulis bahasa Inggeris yang teragung, pengarang kesusasteraan Barat yang amat terkenal serta penulis drama yang terkemuka di dunia.

Shakespeare merupakan salah satu daripada cuma beberapa penulis drama yang mahir dalam kedua-dua genre, yaitu drama tragedi dan komedi. Dramanya menggabungkan daya penarik popular dengan pembawaan watak yang kompleks, ketersergaman yang indah, dan falsafah yang mendalam.

Shakespeare mengarang 38 drama, termasuk beberapa drama kecil yang mungkin dikarang bersama orang lain, serta 154 puisi soneta dan tiga atau empat puisi panjang. Beliau dipercayai menghasilkan kebanyakan daripada karyanya antara 1586 dan 1616. Zaman Pembaharuan British sering kali dikenali sebagai “Tempoh Shakespeare”.

Karya Shakespeare kini diterjemahkan dalam setiap bahasa utama, dan dramanya masih dipersembahkan di seluruh dunia. Tambahan pula, petikan daripada dramanya telah menjadi penggunaan harian dalam banyak bahasa.

Drama
Sebagaimana yang biasa untuk zaman itu, kebanyakan daripada drama Shakespeare berdasarkan karya penulis drama lain, cerita lama yang diguna semula serta bahan-bahan sejarah. Drama Shakespeare boleh dibahagikan secara kasar kepada tiga kumpulan stilistik:

Drama-drama pada tempo awalnya yang cenderung lebih riang: Mimpi di Suatu Malam Pertengahan Musim Panas (A Midsummer Night’s Dream), Henry IV, Bahagian 1, dll;
Drama-drama pada tempoh pertengahan yang cenderung mencurigakan dan mengajukan persoalan-persoalan seperti pengkhianatan, pembunuhan, hawa nafsu, kuasa dan keakuan: Othello, Macbeth, Hamlet, Raja Lear, dll;
Drama-drama pada tempo akhirnya yang mencirikan plot yang bertamat dengan kegembiraan dan yang menggunakan kuasa ajaib serta unsur-unsur lain yang luar biasa: Kisah Musim Sejuk (The Winter’s Tale), Ribut Kencang (The Tempest), dll;
 
Imej Shakespeare daripada Folio Pertama (1623) yang merupakan edisi koleksi yang sulung bagi dramanya.Bagaimanapun, sempadan antara kumpulan-kumpulan tersebut tidaklah terang.

Walaupun beberapa drama Shakespeare telah dicetakkan dalam siri kuarto, kebanyakannya tidak diterbitkan sehingga 1623 sewaktu Folio Pertama diterbitkan oleh dua pelakon, John Hemings dan William Condell. Oleh sebab Shakespeare tidak menghasilkan drama versi bercetak, masalah teks tertimbul dan termunculnya pelbagai versi bagi kebanyakan dramanya. Tambahan pula, ketiadaan ejaan piawai pada zaman itu menyebabkan penggunaan pelbagai ejaan oleh Shakespeare sendiri untuk perkataan yang sama telah menerukkan lagi kekeliruan tugas pentranskripsian. Cendekiawan moden mempercayai bahawa Shakespeare menyemak drama-dramanya dari semasa ke semasa, dan kekadang sendiri menghasilkan dua versi untuk dramanya.
Soneta
Soneta Shakespeare terdiri daripada koleksi 154 buah puisi yang bertema cinta, keindahan, politik dan kematian. Pengarangan puisi-puisi itu mungkin mengambil masa beberapa tahun. 152 daripada koleksi ini diterbitkan sebagai Soneta Shakespeare pada tahun 1609; yang dua lagi telah diterbitkan lebih awal pada tahun 1599 sebagai Penziariah yang Penuh Berahi (The Passionate Pilgrim).

Keadaan yang menyebabkan penerbitan soneta itu tidak jelas. Teks tahun 1609 itu didedikasikan kepada “Mr. W. H.” yang digelarkan sebagai “the only begetter” untuk koleksi puisi tersebut oleh penerbitnya, Thomas Thorpe. Tidak diketahui siapakah Mr. W. H. itu serta adakah Shakespeare mengizinkan penerbitan soneta itu walaupun banyak teori telah dikemukakan.
Puisi lain
Selain daripada soneta, Shakespeare juga mengarang banyak puisi prosa yang lebih panjang seperti Venus dan Adonis, Rogol Lucrece dan Sungutan Kekasih (A Lover’s Complaint). Puisi-puisi prosa itu mungkin dikarang untuk memperoleh naungan orang yang kaya (sebagaimana yang biasa pada zaman itu) atau kerana naungan tersebut. Umpamanya, Rogol Lucrece serta Venus dan Adonis didedikasikan kepada penaung Henry Wriothesley, Earl Southampton yang ketiga.

Terbitan sulung untuk antologi Penziarah yang Penuh Berahi telah dikeluarkan atas nama Shakespeare pada tahun 1599 walaupun beliau cuma mengarang lima puisi sahaja dalam koleksi itu. Bagaimanapun, namanya ditarik balik dalam edisi kedua.

Gaya teater
Shakespeare menghasilkan kesan yang amat besar kepada teater moden. Beliau bukan sahaja mencipta beberapa drama yang amat dikagumi dalam kesusasteraan Barat, tetapi juga mengubah teater British dengan meluaskan harapan tentang apa yang dapat dicapai melalui pembawaan watak, jalan cerita, gerak-geri, bahasa dan genre.[1] Keindahan seninya juga membantu mempertingkatkan taraf teater popular supaya dapat dikagumi, baik oleh intelektual ataupun mereka yang cuma hendak mencari hiburan.

Gaya teater tengah berubah sewaktu Shakespeare tiba di London pada hujung 1580-an atau awal 1590-an. Sebelum itu, bentuk teater British yang paling umum adalah drama kesusilaan Tudor. Pada waktu yang sama, universiti-universiti mempersembahkan drama akademik berasas drama Rom dalam bahasa Latin. Drama-drama ini menggunakan gaya puisi yang lebih tepat berbanding drama kesusilaan, tetapi bentuknya adalah lebih kaku dan lebih menumpu kepada pertuturan yang berpanjangan berbanding gerak-geri fizikal.

Sesampai hujung 1500-an, kepopularan drama kesusilaan dan akademik telah merosot apabila Zaman Pembaharuan British berkembang dan penulis drama seperti Thomas Kyd dan Christopher Marlowe bermula merevolusikan teater. Drama mereka menggabungkan drama kesusilaan dengan teater akademik untuk menghasilkah sebuah bentuk sekular yang moden.

Bentuk drama yang baru ini memperoleh ciri-ciri ketersergaman yang indah dan falsafah yang mendalam daripada drama akademik serta populisme yang lucah serta lucu daripada drama kesusilaan. Bagaimanapun, maksud jenis drama ini adalah lebih kabur dan kompleks, dan bentuk ini kurang mempedulikan alegori kesusilaan. Diilhami oleh gaya yang baru ini, Shakespeare membawa pengubahan-pengubahan teater ke tahap yang baru, dan menciptakan drama yang bukan sahaja menggemakan penonton pada tahap emosi tetapi juga menjelajah dan memperdebatkan unsur-unsur yang asas mengenai maksud kemanusiaan.

 

2 responses to “William Shakespeare

  1. Oh wait. Yes, I have. I’m sorry, but I just don’t have it in me right now to type it all out again. Besides, it was just ramblings anyway. You didn’t want to hear me go on and on about this, right?

  2. Menakjubkan sosok luar biasa itu.
    Ingin ku mendengar jerit Juliet memanggil
    Romeonya saat dia menangis
    Ingin ku mendengar kutukan Lear saat anaknya menyalahi semua kata-kata ayahnya.
    Ah, andai saja Shakespeare masih hidup.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s